HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Ogos 2017

Najib Satu-Satunya Perdana Menteri Yg Memenjarakan Musuh Politik Dibawah OSA

Suara Kebenaran




Rakyat begitu terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mengekal hukuman 18 tahun penjara ke atas ahli parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli atas kesalahan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).  Difahamkan malam ini, jutaan rakyat akan memasang lilin bagi menyatakan kekecawaan mereka.

Sememangnya inilah yang dikatakan kerajaan yang zalim.  Tidak pernah berlaku sepertinya sebelum ini dimana ahli parlimen dipenjarakan dibawah OSA – hanya di zaman Najib.

Era pemerintahan Tun Mahathir yang dikatakan sebagai diktator, mahafiraun dan sebagainya itupun, tidak ada ahli politik, apatah lagi ahli parlimen yang dipenjarakan kerana OSA.

 Ditahan dibawah ISA tu ramailah tapi OSA belum pernah.  ISA itupun bukan Tun Mahathir yang menandatangani arahan tahan, tapi Megat Junid selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Transformasi yang diperkenalkan Najib dengan memansuhkan ISA, belum sempurna sebenarnya selagi undang-undang lapuk seperti OSA ini masih diamalkan dalam negara kita.

Ikutlah contoh seperti Penang dan Selangor dimana tidak ada satu dokumen pun yang diklasifikasikan dibawah OSA, semuanya boleh diperolehi dari sumber terbuka.

Memansuhkan OSA akan menjadi antara intipati manifesto Pakatan Harapan selepas ini.

Tiada ulasan: