ALOR SETAR
– Penganjuran acara Kayuhan Basikal Sihat Tanpa Vape dan Tembakau
(S2TV) dengan membabitkan pihak masjid adalah langkah yang bijak dan
tepat.
Imam
Masjid Sultanah Bahyiah di sini, Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil, selain
memuji usaha itu menyifatkan program berkenaan dapat menggalakkan anak
muda daripada melakukan perkara yang tidak baik.
Yang lebih penting, katanya, jumlah jemaah yang bersolat subuh di masjid itu pagi tadi bertambah sedikit.
“Acara
dimulakan waktu pagi dan petugas serta peserta, ada yang datang awal dan
bersolat subuh. Berganda-ganda pahala yang kita dapat. Itu yang
penting,” katanya ketika ditemui pada acara yang bermula dan berakhir di
pekarangan masjid itu, hari ini.
Walaupun,
tidak berpuas hati dengan jumlah peserta, beliau tetap gembira kerana
masjid berkenaan dipilih sebagai tempat acara itu.
“Terima
kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana melaksanakan program
berkenaan. Semoga kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakat supaya
tidak merokok lagi.
“Saya berharap pada masa depan, akan ada lebih ramai lagi penggemar sukan berbasikal menyertai acara seperti ini,” katanya.
Acara itu
anjuran Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia
(I-Medik), Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan jawatankuasa
Masjid Sultanah Bahiyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan