HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Ogos 2017

Penjara Akan Mematangkan Rafizi – PPBM

 Suara Kebenaran




Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli tidak sepatutnya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan hukuman penjara 18 yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelumnya kerana kesalahan dibawah OSA, menurut seorang pemimpin PPBM Perak.  Patutnya masuk saja penjara tu dulu.

Penjara kata beliau telah terbukti mampu mematangkan pimpinan pembangkang seperti yang banyak dibuktikan dalam sejarah.

Hampir semua pimpinan utama Pakatan Harapan pernah dipenjarakan dan ternyata mereka diakhirnya berjaya menjadi pemimpin besar seperti Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Disamping Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih ditahan di penjara, YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, YB Mahfuz Omar, Haji Mohamad Sabu, Salehudin Ayub dan lain-lain, semua mereka ini adalah bekas banduan.  Majoriti mereka ditahan di penjara atas pelbagai sebab semasa Tun  Mahathir masih menjadi Perdana Menteri.

Pengalaman di penjara itu ternyata mematangkan mereka dan tidak hairan kenapa majoriti dari mereka masih kekal dalam politik sehingga sekarang.  DS Anwar bakal menjadi Perdana Menteri seterusnya kalau Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Maka itu ramai hairan, apa yang Rafizi takutkan sangat.  Demi rakyat, tidak kisahlah kalau dipenjarakan sekalipun, ini soal perjuangan bukan?

Tiada ulasan: