Cadangan UMNO untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku 30 tahun lepas, disambut dengan hati terbuka oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad.
Menurut sumber rapatnya, bekas Perdana Menteri ke-4 itu tidak kisah dengan penubuhan RCI tersebut kerana yakin beliau tidak bersalah.
Jelasnya, beliau bukan Menteri Dalam Negeri atau ketua polis sehingga nak dikaitkan dengan tragedi tersebut. Beliau hanyalah Perdana Menteri sahaja, sekalipun Perdana Menteri bertanggungjawab atas semua perkara tapi tanggungjawab lebih besar adalah terletak di bahu Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Musa Hitam.
Musa Hitam pula tidak boleh menuding jari kepada Perdana Menteri, sebagai Menteri apa yang dia lakukan untuk menghalang kejadian itu dari berlaku?
Lagipun Pakatan berpandangan benda sudah lama, untuk apa diungkit lagi? Move on, pandang ke depan kerana kita ada agenda yang lebih besar. Tiada siapa peduli pasal Memali lagi dah, yang mati bukan boleh hidup semula dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan