SHAH ALAM: Harga runcit petrol mencatatkan penurunan tiga sen manakala
harga diesel pula susut tujuh sen bermula tengah malam ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) mengumumkan harga baru bahan bakar itu di laman Twitter
sebentar tadi.
Bagi tempoh 12 Oktober hingga 18 Oktober, RON95 akan dijual pada harga RM2.16 seliter berbanding RM2.19 seliter sebelum ini.
Sementara itu RON97 akan dijual pada harga RM2.46 berbanding RM2.49 seliter sebelum ini.
Harga baru bagi diesel pula RM2.10 seliter berbanding RM2.17 seliter sebelum ini.
Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.
Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore
(Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada
minggu terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan