shahbudindotcom
Adun
Salor yang juga Naib Presiden Amanah, Husam Musa berkata, beliau
melihat sendiri bukti yang menunjukkan Pas menerima wang dan jumlahnya
adalah melebihi RM90 juta sebagaimana angka yang didakwa oleh portal
Sarawak Report.
Beliau
juga sekali lagi menamakan sebuah bank komersial, Affin Bank yang
didakwanya menerima wang tersebut untuk disalurkan kepada
pemimpin-pemimpin Pas.
Saya
tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas melihat sendiri
sumber maklumat tersebut dan memastikan ia benar dan tepat, kata Husam
yang bekas Exco Negeri Kelantan.
Alamakkk....kenapa perut tiba-tiba jadi senak?
Berbanding
dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report, apa yang disebut oleh Husam
ternyata lebih detail dan terpeinci, siap berani mengatakan beliau
melihat sendiri maklumat tersebut serta mengesahkannya sebagai benar dan
tepat.
Jika Husam memfitnah dan membuat dakwaan tidak benar, apa lagi alasan Pas untuk tidak menyaman beliau?
Apakah Pas tidak mahu melihat sama bukti yang pernah dilihat Husam itu dan mencabar kesahihannya?
Takkan Pas nak diam saja? Ini bukan dakwaan main-main?
Kalau
saman terhadap Sarawak Report boleh difailkan di London, apakah susah
sangat bagi Pas mahu memfailkan saman sama ada di Kuala Lumpur atau Kota
Bharu kepada Husam?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan