SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengeluarkan pekeliling
mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri
menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan
Berita Harian berkuat-kuasa serta-merta.
Arahan itu dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 9 November dan
ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin
Ahmad Ahya.
Mohd Amin juga memaklumkan bahawa arahan untuk membatalkan langganan
dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pertama kali
dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 12 Jun 2008, beberapa bulan
selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.
"Surat arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga hari ini.
“Walau bagaimanapun, pemerhatian pentadbiran ini mendapati masih
terdapat jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang
melanggan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian.
"Perkara ini mendapat perhatian daripada pimpinan tertinggi kerajaan
negeri yang meminta supaya langgan akhbar tersebut (Kumpulan Utusan dan
Berita Harian) dihentikan serta merta di setiap jabatan dan agensi,”
kata Mohd Amin dalam pekeliling berkenaan.
Pada masa yang sama, Mohd Amin juga mengarahkan semua jabatan, agensi
dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada
melanggan akhbar syarikat kerajaan negeri, Selangor Kini, Sinar Harian
dan The Star sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan