DA NANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh diteruskan tanpa Amerika Syarikat
(AS) sambil menambah semua 11 negara anggota boleh memuktamadkan
perjanjian perdagangan itu di Da Nang (Vietnam).
“Saya yakin dan agak optimistik kita boleh memuktamadkan perjanjian
itu. Sebelas negara anggota yang diketuai Jepun, akan berusaha untuk
menghasilkan versi kita.
“Banyak kemajuan yang dicatatkan. Menteri-menteri dan para pegawai kita
telah bekerja keras dan kita mengadakan mesyuarat yang berakhir
sehingga 3 pagi hari ini,” kata Najib semasa sesi panel di Sidang
Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 di Da Nang.
Mesyuarat TPPA dijadual disambung semula hari ini.
“Sudah tentulah, ada proses yang perlu diselesaikan, tetapi
sekurang-kurangnya kita berjaya menyelamatkan perjanjian perdagangan
bebas yang penting bagi masa depan APEC,” katanya.
Rundingan TPPA diadakan di luar acara Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC yang sedang berlangsung sekarang sejak 6 November.
Dalam pada itu Najib berkata beliau percaya TPPA adalah cara terbaik
untuk menjana kekayaan dan mewujudkan kedudukan sama-sama menang bagi
setiap orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan