HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Februari 2019

Aduan terhadap RTM bukan arahan saya Loke

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menafikan memberi arahan kepada pembantunya untuk mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan ucapan menteri semasa liputan siaran langsung majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Seremban baru-baru ini.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Lim Swee Kuan adalah pandangan peribadinya dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk menyiasat.

“Ia hanyalah aduan peribadi, saya telah pun bercakap dengannya (Lim) selepas insiden itu dan kita akan mengambil alih selepas siasatan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Menara Sentral RAC (Railway Assets Corporation) di sini, hari ini.

Tiada ulasan: