TANJUNG MALIM
– Sepasang suami isteri cemas apabila bayi perempuan berusia tiga bulan
yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta Toyota Vios
terperangkap, selepas pintunya terkunci secara tiba-tiba di perkarangan
Pejabat Pos Slim River di sini, semalam.
Difahamkan
dalam kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu, pintu kereta itu terkunci
secara tiba-tiba sebaik sahaja ibu bapa dan abang bayi itu yang berusia
dua tahun keluar daripada kereta.
Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Bomba Mohd
Fazrul Azuan Norman berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam
1.52 tengah hari, sepasukan tujuh anggota bomba termasuk Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Slim River tiba dan bertindak kurang
daripada lima minit mengumpil pengunci kereta menggunakan peralatan
khas.
“Sebaik
tiba, bayi terbabit dalam keadaan sedar dan ibu bapanya bersama orang
ramai mencuba untuk membuka kereta itu tapi tidak berjaya. Keluarga
berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam ke Teluk Intan dan singgah di
pejabat pos tersebut untuk menyelesaikan beberapa urusan,” katanya
ketika dihubungi Bernama.
Menurut
beliau pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada seorang
anggota polis yang berada di Pondok Polis berhampiran pejabat pos
berkenaan pada jam 1.52 tengah hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan