KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi azab yang bakal diterima mereka yang sering mengambil mudah mengenai isu menutup aurat.
Menerusi
status di Instagram miliknya, nasihat daripada Ustaz Hadi Fayyad itu
ditujukan kepada orang ramai yang masih tidak peka terhadap cara menutup
aurat dengan sempurna.
“Balasan
wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung
dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya
berterusan selama ia tidak menutupnya.
“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya.
Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sering menggayakan pakaian yang agak longgar di media sosialnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan