Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer yang membuat dakwaan menggemparkan minggu lalu enggan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
Hari ini lima pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Azam Baki, bertemu Hamid di kamarnya pagi ini.
Bagaimanapun, Hamid yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Joy Appukuttan enggan memberikan kenyataan.
Ketika ditemui di luar Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini, Haniff berkata anak guamnya itu hanya akan memberi keterangan kepada pasukan khas untuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI).
"Hamid tidak akan memberi keterangan kepada SPRM atau polis berkenaan soal ini sehingga sebuah pasukan khas dan RCI ditubuhkan," katanya.
Dalam afidavit sokongannya sebanyak 63 halaman, Hamid antara lain mendakwa ada hakim yang bersubahat dengan pihak swasta untuk menipu kerajaan, serta campur tangan dalam kes antaranya kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan dan perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan