HALAMAN SANTAI

Isnin, 11 Februari 2019

MB S’gor: ‘Good luck’ jadi badut, Najib

KEADILAN DAILY

amirudin shari


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘badut’ yang menghiburkan orang ramai.

Menurutnya, rakyat kini boleh ketawa terhadap Najib yang kembali popular dengan slogan ‘Bossku’ di kalangan remaja Melayu penunggang motosikal.

“Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk diketawakan. Beliau dah jadi badut sekarang. Saya ucapkan selamat berjayalah kepada beliau,” katanya kepada pemberita pagi ini selepas merasmikan arca ‘Pembebasan’ sempena Festival Demokrasi di gedung Publika, Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas populariti bekas perdana menteri Umno-BN itu di yang kembali mencanak di media sosial mutakhir ini.

Cubaan untuk menaikkan imejnya di kalangan rakyat itu berlaku sewaktu beliau sendiri berdepan kembali tuduhan menggubah wang haram sebanyak RM47 juta sewaktu menjadi PM.

Tiada ulasan: