HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 Februari 2019

Pengguna M'sia rugi jutaan ringgit kerana kelemahan telco

MALAYSIAKINI

   

Disebabkan perkhidmatan penyedia telekomunikasi yang lemah, pengguna Malaysia secara tidak langsung terpaksa menanggung kerugian puluhan juta ringgit setahun.

Menurut laporan tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kerugian yang melibatkan RM16 juta pada 2016 dan RM15.87 juta pada 2017 berpunca daripada isu pertikaian bil, caj perayauan, perkhidmatan jalur lebar dan mudah alih, mesej berbayar dan salah caj.

Pengurus kanan bagi hal ehwal perundangan dan polisi kumpulan itu, Sahabana Nasser Ahmad berkata, pihak NCCC menerima 5,590 aduan pada 2017 dan 5,681 aduan pada 2016 berkaitan dengan syarikat telco.

"Kita menerima banyak aduan pelanggan. Mereka berdepan isu liputan Internet yang lemah, mengadu bahawa masalah itu tidak diselesaikan dalam tempoh sepatutnya.

"Ada pengguna mendakwa lokasi mereka tidak mendapat liputan," katanya lapor The Malaysian Insight.

Shabana berkata, bagi menangani isu tersebut, NCCC telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lalu untuk meminta agensi itu menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh pengguna telco.


Tiada ulasan: