HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 Februari 2019

PH perlu letak anak tempatan di PRK DUN Semenyih – Aminuddin

THE MALAYSIAN TIMES
 



SEREMBAN: Pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu meletakkan anak tempatan sebagai calon bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan berkata selain itu, kriteria calon yang baik serta benar-benar layak mampu melonjakkan lagi sokongan pengundi kepada parti itu pada pilihan raya kecil berkenaan.

“Saya harap kalau calon dipilih nanti merupakan calon yang betul-betul bagus dan sudah pasti calon itu anak Selangor atau anak tempatan di Semenyih…itu lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.–Bernama

Tiada ulasan: