isma web
Anggota
tentera dakwa RM4,000 dikeluarkan dari ATM
SIBU – Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.
Bagaimanapun,
kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan
polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran
wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini, semalam.
Ketua
Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan polis
pada tengah hari semalam dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu
itu dengan wang tulen.
Namun, katanya,
siasatan polis mendapati suspek telah menyerahkan wang berkenaan kepada
tunangnya, namun keaslian wang tersebut dicurigai dan suspek telah dinasihati
untuk membuat laporan polis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari mesin
ATM.
“Suspek
sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 dari mesin ATM bank berkenaan
Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan, tetapi menyerahkan wang
yang disyaki palsu kepada tunangnya,” katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Beliau
berkata, suspek yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac depan, ditahan
malam tadi dan polis turut merampas 25 keping not RM100 dan 30 keping RM50
serta seunit mesin pencetak.
Katanya,
suspek direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan