KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa terus didesak mengambil tindakan tegas terhadap pengguna atau pemilik akaun Facebook yang biadab menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.
Desakan terbaharu disuarakan pula oleh kerajaan negeri yang mahu individu yang terlibat menghina institusi raja dihukum segera.
Menteri
Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya memandang
serius terhadap perkara berkenaan sepertimana yang berlaku dalam laman
sosial Facebook.
“Ternyata penghinaan yang dilakukan ini bukan sahaja biadab pada tahap paling buruk, malah pengkhianat kepada kedaulatan institusi raja-raja.
“Ternyata penghinaan yang dilakukan ini bukan sahaja biadab pada tahap paling buruk, malah pengkhianat kepada kedaulatan institusi raja-raja.
“Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa pihak
berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil
tindakan tegas dan segera kepada si pelaku salah, sebagai tindak balas
kepada laporan-laporan polis yang dibuat berkaitannya,” katanya dalam
satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama
Desmond Yongkor kerana menghina Sultan Abdullah menerusi laman sosial
berkenaan.
Menurut Wan Rosdy, dalam hal berkenaan,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diharap dapat
turut membantu menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan serta
menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menghukum pelaku.
“Untuk jangka panjang pula, kerajaan negeri
mencadangkan agar undang-undang khusus dan lebih berat sepertimana
undang-undang Les Majeste di Thailand mula dibincang secara serius untuk
akhirnya diperkenalkan di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan