LARUT: Malaysia
Baharu yang dicanang pemerintahan Kerajaan PH penuh dengan kepalsuan
termasuk juga mempraktikkan demokrasi palsu, demikian bidas Yang
DiPertua PAS Kawasan Larut, Ustaz Akmal Kamarudin.
Menurut beliau pada peringkat awal,
kebenaran telah diberi kepada penganjur Himpunan Perpaduan Ummah Kawasan
Larut untuk menggunakan premis Arena Square Batu Kurau.
Namun maklumnya, di saat akhir berlaku
dolak dalih hingga kemudiannya kebenaran yang telah diberikan tersebut
ditarik balik dengan alasan yang langsung tidak munasabah.
“Kita sedih kerana demokrasi di zaman
PH ini adalah palsu, tidak cukup janji palsu manifesto, kemudian sijil
palsu dan sekarang demokrasi palsu. Rakyat makin boleh menilai prestasi
dan janji PH ini,” tempelaknya pada program itu semalam
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan
Umno Perak, Dato' Shaarani Mohamad pula menegaskan bahawa penarikan
balik kebenaran ini adalah kerana bangsa DAP yang tidak mahu melihat
perpaduan antara umat Islam.
Bidasnya, mereka cukup takut dengan
perpaduan ini sehingga mengeluarkan kenyataan yang semakin memualkan
seperti menyamakan dengan Taliban, pengisytiharan perang dan pelbagai
lagi.
“Ini menunjukkan bangsa DAP ini terlalu takut, sebab itu mereka akan pastikan himpunan ini tidak berjaya,” sambung beliau.
Himpunan bersejarah yang dihadiri
ribuan penduduk itu menampilkan tetamu khas iaitu Naib Presiden PAS,
Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi
Dusuki. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan