Itu penjelasan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii selepas keterangannya diambil oleh polis di Bukit Aman hari ini.
Ia ekoran kenyataannya ‘tembak pemimpin DAP’ di media sosialnya baru-baru ini.
“Kalau budak, orang bawah cakap kau tembak, dia maksudkan ‘baling, kritik atau sembur (ikut maksud masing-masing).
“Pemimpin DAP kena belajar banyak lagi BM (Bahasa Melayu),” ujarnya ketika ditemui wakil media hari ini.
Apa pun, Razlan percaya motif keterangannya diambil itu bermotifkan politik dan dendam DAP kepadanya.
“Ia bersifat politik, saya lihat ia ancaman politik bukan jenayah kepada pemimpin DAP,” katanya lagi.
Menurutnya, pemimpin DAP juga banyak menggunakan perkataan tersirat dalam kenyataannya seperti ‘istihar perang’ dan ‘Negara Taliban’.
Razlan juga mendakwa kritikan kepada DAP sebagai sebuah parti politik bukan kaum tetapi pemimpinya sering mengaitkan ‘serangan’ itu tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan