ULASAN | Tahun
lepas, sebuah video tular semasa pilihanraya umum ke-14 yang
menonjolkan Syed Abdul Rahman, yang kini menyandang jawatan menteri
belia dan sukan.
Klip tersebut
menceritakan kehidupan kerja ayah beliau, Syed Abdul Rahman Abdullah
Al-Sagoff di Singapura.
Syed Abdul Rahman
yang tinggal di Johor Bharu, perlu bangun seawal 4.30 pagi dan pulang
ke rumah pada jam 10 atau 11 malam, bergantung kepada kesesakan lalu
lintas.
Pekerjaan merupakan
identiti utama seseorang. Ekonomi Malaysia memerlukan sebuah kerangka
baharu berdasarkan persefahaman dan lebih empati.
Klise mengenai
pekerjaan, gaji dan ekonomi memerlukan anjakan perubahan dengan
pendekatan yang berbeza.
Klise ekonomi
dalam pekerjaan dan gaji
Klise pertama,
mereka yang bekerja luar negara ialah golongan profesional teratas
yang perlu ditarik untuk pulang ke tanah air melalui program ‘brain
gain’ ala Talent Corp.
Hakikatnya, kos
untuk memadankan golongan berpendapatan tinggi sebanyak SG$ 20,000
sebulan, amat tinggi dan mahal.
Tetapi, usaha untuk
memadankan seorang pekerja dengan gaji sebanyak SG$ 2,000 sebulan
bukanlah satu perkara yang rumit.
Walaupun nilai
SG$2,000 kini bersamaan RM6,000, ramai rakyat Malaysia akan lebih
gembira bekerja di negara sendiri, dengan mendapat dua per tiga
daripada jumlah gaji di Singapura di atas dengan memperoleh kualiti
hidup yang baik, tanpa perlu bekerja di Singapura.
Pekerjaan pada
tahap ini boleh dicipta melalui automasi pekerjaan yang kini telah
menggantikan beberapa tugas buruh.
Sebagai contoh,
penggunaan automasi boleh mengurangkan kerja lima orang kepada
seorang: ia meningkatkan produktiviti sebanyak lima kali ganda,
tetapi gaji baharu yang dibayar hanya dua kali ganda berbanding kos
buruh sebelum ini.

Klise kedua, gaji
hanya boleh dinaikkan sekiranya ada peningkatan produktiviti yang
setimpal.
Realitinya, tukang
bersih jalan boleh melakukan kerja manual tambahan dengan menambah
jumlah jam bekerjanya, sedangkan tindakan ini sebenarnya telah
mengurangkan produktiviti pekerja tersebut setiap jam.
Dengan
memperkenalkan mesin, produktiviti pekerja akan bertambah baik.
Itulah maksud sebenar kemajuan, apabila kita menambah pekerja
berkemahiran dan mengurangkan pekerja tidak berkemahiran dalam
ekonomi negara, khususnya pekerja asing.
Klise ketiga,
rakyat Malaysia tidak suka memilih pekerjaan 3D – (dirty,
dangerous dan difficult) kotor, berbahaya dan sukar.
Sebanyak 40 peratus
rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berada dalam kategori 3D.
Mereka akan gembira
untuk pulang bekerja jika bayaran untuk gaji bulanan mereka RM 4,000
ke atas.
Masalah di negara
kita ialah pekerjaan yang layak buat rakyat Malaysia dibayar kurang
daripada RM 1,500 sebulan, disebabkan jumlah pekerja asing tidak
berkemahiran yang begitu besar, maka kadar gaji tidak berubah sejak
dua dekad yang lalu.
Lebih teruk lagi,
graduan kita dibayar antara RM 1,500 dan RM 2,500 sebulan, sudah
tentu pekerja buruh tidak akan dibayar dengan gaji lebih tinggi.
Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution,
dalam satu perbincangan baru-baru ini memberitahu bahawa pekerjaan
pertama beliau sebagai pengurus ladang estet dibayar gaji sebanyak RM
1,680 sebulan.
Itu 32 tahun yang
lalu!

Timbalan Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Radzi Jidin, berkelulusan akauntan daripada
Australia, dibayar RM 2,000 sebulan, 20 tahun yang lalu.
Jika kita
meningkatkan kadar bayaran kepada pekerja, gaji untuk pekerjaan kelas
sederhana turut meningkat. Kitaran ekonomi yang baik akan berlaku.
Jika keadaan tidak
berubah, graduan akan lebih rela memilih pekerjaan sebagai buruh.
Krisis yang
membimbangkan
Jika kita gagal
menghadapi cabaran pekerjaan dan gaji, kita bakal berhadapan dengan
krisis politik pada satu masa nanti. Kita sudah lihat beberapa
petanda krisis ini.
Malangnya,
perdebatan mengenai kos sara hidup telah menguasai minda pemimpin
politik dan orang awam.
Jika kita lihat
statistik, kadar inflasi pada tahun 2018 ialah satu peratus (3.7
peratus pada tahun 2017) dan amat mengejutkan kadar inflasi negatif
0.7 peratus (tahun ke tahun) pada bulan Januari 2019.
Namun, tiada siapa
yang merasai faedah kadar inflasi yang rendah dan deflasi teknikal.
Sebabnya mudah,
kerana gaji rakyat Malaysia begitu rendah. Dengan hutang isi rumah
yang tinggi beberapa dekad lalu, ini bermaksud pendapatan boleh guna
juga rendah.
Semenjak krisis
kewangan dunia pada tahun 2008, sebahagian besar ekonomi telah
dikekalkan dengan penggunaan domestik berasaskan hutang di mana
pengguna bergantung kepada hutang untuk membeli barangan keperluan.
Modul ini semakin
tegang atau meruncing.
Jika tiada sebarang
tindakan dalam isu pekerjaan dan gaji, pengguna domestik akan
berkurangan.
Amat penting bagi
pemilik perniagaan negara ini untuk melihat gaji yang tinggi untuk
semua pihak, sebagai satu keutamaan nasional bagi mengekalkan ekonomi
berterusan, khususnya apabila eksport ke Amerika Syarikat dan Eropah
semakin rendah berbanding pra-2008.
Sebagai negara,
situasi gaji yang kekal rendah ini mungkin akan mewujudkan dua
senario:
Pertama, pengundi
akan melahirkan perasaan tidak puas hati (sepertimana yang berlaku
ketika PRU-14 apabila ramai telah mengundi Pakatan Harapan), dan akan
terus mengeluh mengenai kos sara hidup. Perkara ini merupakan satu
“bom jangka” yang sedang berdetik untuk ekonomi kita.
Kedua, penghijrahan
tenaga kerja ke luar negara. Rakyat yang sepatutnya boleh menyumbang
dan berbakti kepada negara, tidak dapat merealisasikan potensinya
kerana terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan.
Pekerjaan yang
mereka ceburi di luar negara pula tidak sepadan dengan kelayakan
mereka – contohnya memetik buah di Australia dan New Zealand, atau
bekerja sebagai buruh di Korea Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan