Beliau berkata, perkara itu disampaikan kepadanya semasa melawat  kawasan tersebut dan beliau akan memanjangkannya kepada Kementerian Pendidikan.

Waytha Moorthy yang mengadakan lawatan dua hari ke beberapa petempatan Orang Asli di Gua Musang bermula Khamis berkata, berdasarkan pemerhatiannya, komuniti itu masih belum pulih daripada trauma susulan tragedi di Pos Tohoi pada 2015 yang mengorbankan lima anak mereka.

“Saya juga bertemu dengan mereka yang terselamat dan jelas mereka masih dalam trauma.

“Ramai kanak-kanak di Pos Simpor serta kampung berdekatan tidak ke sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jarak di antara petempatan terbabit dan Sekolah Kebangsaan Tohoi yang menyediakan asrama untuk anak-anak Orang Asli juga adalah terlalu jauh. –Bernama