HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Mac 2019

BN akan mesyuarat segera bincang keputusan MCA dan MIC – Mat Hasan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti yang baharu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu.

“Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. 
Sebaliknya, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Katanya maklumat mengenai mesyuarat itu juga akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Dalam pada itu, Mohamad berkata adalah sangat kritikal untuk semua pihak tidak bertindak melulu atau bersifat pukul rata

Tiada ulasan: