HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Mac 2019

Pemimpin Islam kena tegas tentang desakan LGBT

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

Bersekongkol dengan pengamal songsang langgar hukum syarak


BANGI – Pemimpin muslim di negara ini digesa menampilkan ‘qudwah’ dalam menyuarakan pendirian tegas dan jelas menentang desakan gerakan minoriti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Desakan LGBT yang jelas bertentangan dengan hukum syarak adalah menjadi satu kesalahan sekiranya ada pemimpin muslim yang masih bersekongkol, kata Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh, Ustazah Dr Nornajwa Ghazali.

Beliau menegaskan, kebersamaan orang Islam dalam kelompok LGBT yang bertentangan dengan Islam adalah satu tindakan yang dilarang.

“Muslim yang berada dalam legaran sesat itu perlu menyedari kesongsangan yang wujud. Alasan untuk menyantuni golongan ini perlu dibatasi ke arah pemulihan diri dan bukannya bersama memperjuangkan hak mereka.

“Kesilapan pemimpin muslim ialah tiadanya tindakan yang proaktif dan melayan segala kehendak golongan ini sehingga seolah-olah merekalah yang memperjuangankan (hak) wanita sebenar. Inilah yang disebut sebagai kepalsuan dalam perjuangan dan secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap wanita,” katanya kepada Ismaweb.net.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Dr Nornajwa mempersoalkan bagaimana seorang lelaki boleh memperjuangkan hak wanita, sedangkan dia adalah ‘wanita palsu’ yang hanya berpakaian wanita sahaja.

Beliau berkata, lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila golongan berkenaan dijadikan pemimpin.

“Wanita yang biologi lelaki tetapi fizikal dan berpenampilan wanita, mereka ini dah ada yang diangkat jadi pemimpin atau jurucakap. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Nornajwa mengulangi pendirian supaya Isma, sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mewujudkan sebuah badan korporat untuk pemerkasaan tokoh wanita Isma di pentas tanah air ini.

“Kepimpinan wanita Isma sama ada di Pusat mahupun cawangan perlu tampil ke depan, lantang bersuara. Jangan takut kerana masyarakat sudah mula menerima fikrah dan idea Isma,” katanya.

  

Tiada ulasan: