HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Mac 2019

Rakyat Malaysia ke luar negara disaran lapor atau daftar di kedutaan Malaysia

THE MALAYSIAN TIMES
 


JAKARTA: Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke luar negara disarankan mendaftar dengan kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata ia bagi memudahkan pihak kedutaan Malaysia mengesan mereka sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini, termasuk memberikan bantuan konsular secepat mungkin.

“Rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara, mana-mana negara, harus memaklumkan kepada kedutaan Malaysia agar apabila ada berlaku bencana, kita dapat segera bertindak,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia, di Malaysia Hall Jakarta, di sini.

Tiada ulasan: