PASIR MAS: Impian Malaysia baharu bagi memperlihatkan perubahan struktur parlimen nampaknya tidak berlaku.
Ini dapat dilihat jawatan pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang pernah dijanjikan dalam
manifesto untuk diberi kepada pembangkang seperti enggan lagi
dilaksanakan.
Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Abdullah Mat
Nawi berkata, sepatutnya selepas Ronald Kiandee menyertai Bersatu
jawatan pengerusi PAC diberi kepada ahli parlimen pembangkang lain.
Katanya, nampaknya reformasi parlimen seperti diimipikan PH tidak menjadi kenyataan.
"Sedangkan perkara itu terkandung dalam
manifesto PH pada Pilihan Raya Umum lepas," katanya selepas merasmikan
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas di Markas Tarbiah Pohon Buluh,
hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Pasir Mas,
Dato’ Hanifa Ahmad, Adun Meranti Dato’ Mohd Nassurudin Daud, ahli
Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Tendong Rozi
Muhamad.
Baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dilapor berkata janji jawatan pengerusi PAC hanya
sekadar dasar dan bukan perlembagaan.
Che Abdullah yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkata, PH dilihat mencabuli apa yang pernah dijanjikan mereka. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan