Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi jaminan bahawa semua 26 anggota
syarikat sudah bersedia untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada
mangsa-mangsa yang terjejas dalam kejadian lambakan toksik di Pasir
Gudang, Johor.
PIAM dalam kenyataan di
Kuala Lumpur hari ini berkata, polisi perubatan yang standard akan
meliputi kemasukan ke hospital dan rawatan perubatan.
"Pemegang polisi yang memerlukan rawatan perubatan akibat insiden itu
boleh memfailkan tuntutan di bawah polisi perubatan masing-masing.
Mengenai hartanah, biasanya polisi rumah dan isi rumah yang standard memberikan perlindungan kerugian fizikal atau kerosakan kepada harta benda, kecederaan tubuh badan dan nyawa," katanya.
Mengenai hartanah, biasanya polisi rumah dan isi rumah yang standard memberikan perlindungan kerugian fizikal atau kerosakan kepada harta benda, kecederaan tubuh badan dan nyawa," katanya.
Bagaimanapun, memandangkan keadaan setiap kes atau tuntutan adalah
berbeza, PIAM menasihatkan pemegang polisi untuk menghubungi ejen atau
syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan maklumat terperinci
berkaitan liputan perlindungan mereka.
"Untuk maklumat orang ramai, tanpa mengira sama ada darurat
diisytiharkan atau tidak, syarikat-syarikat yang menjadi anggota PIAM
akan membayar pampasan pihak yang diinsuranskan selagi ia adalah suatu
tuntutan yang sah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan