HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Mac 2019

RUU turun umur pengundi ke 18 tahun sedia ke parlimen - Hanipa

 
   

PARLIMEN | Rang Undang-undang (RUU) untuk menurunkan kelayakan umur pengundi dari 21 ke 18 tahun sedia untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, maklum Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin hari ini.

"Kita sebenarnya telah pun saya difahamkan telah pun merangka deraf pindaan.

"Jika tiada halangan, berkemungkinan besar akan dipinda dalam sidang parlimen sekarang yang sedang berlangsung,” katanya.

Hanipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Perlembagaan anjuran Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

Menjelaskan lanjut, timbalan menteri undang-undang berkata perubahan usia kelayakan menjadi pengundi ini memerlukan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan undi dua pertiga daripada anggota parlimen di Dewan Rakyat.

"Seterusnya PH juga akan bersetuju untuk meminda perlembagaan yang melibatkan Perkara 119.

"Perkara 119 berkaitan antara yang penting umur mengundi," katanya.

Sabah, Sarawak sama taraf

Menurut Hanipa lagi PH turut menyasarkan pindaan kedua perlembagaan pada sidang Dewan Rakyat kali ini untuk meminda Perkara 1 (2) bagi memulihkan keyakinan Sabah dan Sarawak sebagai sama tarafnya dengan Semenanjung.

Beliau berharap MP pembangkang akan menyokong kedua RUU ini.

"Bila melibatkan pindaan perlembagaan memang perlu dua pertiga.

Memang kita mengaku PH tidak mempunyai dua pertiga (kerusi) di Dewan Rakyat.

"Tetapi kerana pindaan kedua-dua ini melibatkan isu yang kepentingan bersama, kita yakin pihak pembangkang khususnya pembangkang dari Sabah dan Sarawak berkemungkinan besar tiada halangan untuk menyokong pindaan yang kita buat," katanya.



Tiada ulasan: