HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Mac 2019

“Saya tidak akan letak jawatan dan tidak akan hadir mesyuarat MT BN”‘ – Nazri

THE MALAYSIAN TIMES
 
Hasil carian imej untuk FOTO NAZRI AZIZ


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan.

Mohamed Nazri turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN Jumaat ini setelah parti-parti komponen MCA dan MIC mengugut untuk tidak akan menghadirinya sekiranya beliau hadir.

“Saya tidak akan meletakkan jawatan, saya tidak mahu orang melihat saya…sebagai telah mengabaikan BN, biarlah mesyuarat itu yang memutuskan.

“Saya dilantik (sebagai setiausaha agung) dan saya boleh dibuang (jawatan ditarik balik),” katanya.

Tiada ulasan: