Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Hanya pemimpin ekstrem saja sukakan perpecahan, perbalahan

BANGI
– “Sudah-sudahlah berfikiran seperti pembangkang. Fokus kerja anda sebagai
Menteri Kewangan.”
Demikian tegas Setiausaha Agung
Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), Mahmud Hishamuddin Abd Rashid sebagai
membidas Lim Guan Eng berhubung kenyataan pemimpin parti DAP itu, yang
menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS ‘perang’ kepada golongan bukan muslim.
Rabu lalu, sebuah portal media
tempatan memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS
sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.
Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan
dalam bahasa Cina atas kapasitinya sebagai pemimpin DAP.
Bagaimanapun, setelah menerima
pelbagai kecaman, Guan Eng mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan
perang’ kepada ‘menyasarkan’.
Mengulas mengenai perkara itu, Mahmud
berkata, Guan Eng seharusnya turun padang untuk menyelami dan fokus kepada
kesusahan rakyat daripada mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja bangsa
Melayu, malah kaum India dan Cina juga tidak bersetuju.
“Pemimpin yang tidak suka terhadap
perpaduan dan kerjasama ini, maknanya dia suka pada perpecahan. Jadi apakah
kesatuan dua parti besar Melayu (UMNO-PAS) ini salah? Adakah ianya satu perkara
yang boleh menghancurkan negara?
“Jika bangsa majoriti di negara ini
boleh disatukan, secara tidak langsung ia akan merebak dan menaungi kaum-kaum
lain sekali gus memberi kebaikan kepada rakyat negara ini. Tetapi kalau
pemimpin yang berfikiran ekstrem dan jahat, mereka akan berfikir sebaliknya,”
katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Selain itu, Mahmud menyifatkan,
kenyataan berbahaya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai ‘diversion
tactic’ disengajakan supaya rakyat fokus kepada kenyataan rasis dikeluarkan,
berbanding isu-isu kewangan yang dihadapi negara ketika ini.
“Telahan saya, dia (Guan Eng) mahukan
pembangkang benci dia kerana kebencian itu boleh dijadikan alasan sekiranya dia
gagal melaksanakan tanggungjawab. Sebab itu dia buat kenyataan yang menimbulkan
kemarahan banyak pihak.
“Meskipun Muafakat tidak gemar
berpolitik, tetapi kami tidak naif politik. Kami sebuah NGO tiada (unsur)
kepartian. Sesuai dengan namanya, kami mahu rakyat berbilang kaum di negara
hidup ini dalam keadaan aman sejahtera,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan