Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata angkatan tentera
tidak mengamalkan diskriminasi dan mana-mana anggotanya yang menunjukkan
prestasi yang baik akan mendapat ganjaran setimpal.
"Kita terus kempen. Kita tahu kebelakangan ini agak tinggi yang sertai terutama di kalangan keturunan India, tetapi di kalangan keturunan Tiong Hua (saya) harap lagi ramai akan sertai (tentera).
Katanya,
anggota yang berdisiplin dan gigih akan maju dalam kerjaya tenteranya
dan beliau melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian itu.
"Tiap-tiap bulan dalam mesyuarat saya lihat kenaikan pangkat berlaku dalam semua kaum.
Berkenaan
beberapa cabaran yang dihadapi tentera, Mohamad berkata perumahan dan
berek merupakan isu besar bagi anggota dan usaha untuk menambah baik
keadaan itu sedang berjalan.
"Dalam mesyuarat kabinet kita diberi
penerangan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri
tentang pelaburan luar yang mula meningkat, dan kita harap perkembangan
ekonomi akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang, maka
peruntukan untuk ATM termasuk RKAT (Rumah Keluarga Angkatan Tentera)
akan bertambah," katanya lagi.
Johan kemudian berkata
trak tentera masih digunakan untuk menghantar anak-anak tentera ke
sekolah dan bertanya apa yang boleh dilakukan oleh Mohamad berkenaannya.
Beliau memaklumkan perbelanjaan tentera Malaysia adalah "sederhana" berbanding banyak negara lain dan ia akan ditambah pada masa depan apabila negara mampu melakukannya.
Beliau bagaimanapun berkata tentera sentiasa bersedia walaupun negara dalam keadaan aman.
Kerjasama Umno-PAS
Mengulas soal politik, Mohamad setuju dengan kenyataan Johan bahawa Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan bertahan. Beliau bagaimanapun yakin PH akan dapat keluar daripada keadaan itu tak lama lagi.
Beliau juga menyingkap kerjasama politik PAS - parti yang pernah disertainya selama hampir empat dekad - sejak era 1970-an.
Katanya, pada 1970-an PAS mengadakan muktamar khas untuk membahaskan cadangan menyertai kerajaan campuran pimpinan Tun Abdul Razak, dan perbincangan sama diadakan sebelum ia bekerjasama dengan Semangat 46 dan Barisan Alternatif pada 1990-an.
"Paling sukar adalah kerjasama dengan DAP (pada 2008). Ada ulama setuju, ada yang tidak. Kami bincang, buat mesyuarat dan retreat. Akhirnya keputusan diambil - harus bertahaluf dengan DAP."
Kesemua
itu, katanya, berbeza dengan pendekatan yang diambil parti itu untuk
bekerjasama dengan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan.
"Apa yang menghairankan saya kenapa dengan Umno, bermain dalam gelap? Itu saja.
"Saya
sebagai timbalan presiden (ketika itu) tak tahu, ketua penerangan
Mahfuz Omar dan naib presiden Husam Musa tak tahu. Tiba-tiba kita lihat
suasana sudah jadi lain," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan