HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 November 2019

'Kalau nak cakap biar jadi lelaki, datang jumpa gua'

MALAYSIAKINI
 
 
 

Kemelut antara pelakon Nabila Huda dan peserta program Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung isu dia berswafoto bersama anjing belum nampak tanda-tanda akan berakhir.

Terbaru, aktres itu menempelak pendekatan digunakan Syed atau nama penuhnya Mohd Bakri Syed Ishak dalam menegur kesalahan seseorang.

Kata Nabila, dalam menegur berkaitan ilmu agama, Syed sewajarnya menggunakan pendekatan bersua muka dan bukannya menggunakan media sosial sebagai medium.

“Kalau nak cakap biar lelaki, datang jumpa gua, bagitahu terang-terang begini, 'Nabila awak dah boleh padam gambar tu sebab akan timbulkan fitnah',” katanya panjang lebar melalui klip video dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

Menurutnya, sekiranya berminat untuk berjumpa, Syed boleh bertemu dengannya di warung perniagaannya yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

“Awak tahu saya ada warung di TTDI, datang dan bagitahu,” katanya.

Isu timbul selepas pelakon filem Munafik itu berkongsi imej bersama seekor anjing di Instagram sewaktu bercuti - bersama keluarga termasuk ayahnya, vokalis kumpulan Search, Amy - ke New Zealand baru-baru ini.

Dia turut mengiringi perkongsian itu dengan tulisan: “Rileks, saya sudah cibuk muka dan sertu.”

Tiada ulasan: