Kerajaan akan membenarkan penanaman hemp, sejenis ganja
daripada spesis Cannabis sativa bagi tujuan penyelidikan pihak industri,
maklum Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Bagaimanapun tarikh pelaksanaan kebenaran ini masih belum dapat diputuskan. Ia bergantung kepada perbincangan bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli,” katanya.
Beliau dilaporkan berkata kepada media selepas merasmikan 18th Annual Scientific Congress of Asia Pacific Association of Medical Toxicology 2019, di Putrajaya hari ini.
Dr Dzulkefly turut menegaskan bahawa penanaman kanabis bagi tujuan perubatan (medical marijuana) dan sebagainya, masih tidak dibenarkan selagi undang-undang tidak dipinda.
"Kebenaran untuk penanaman (ganja) hemp tidak melibatkan penanaman kanabis (spesis ganja yang biasa dirujuk marijuana).
"Saya harap orang ramai tidak keliru," katanya.

"Ini termasuklah siapa yang akan import, siapa yang akan tanam, tanah yang bagaimana sesuai untuk ditanam hemp, berapa lapis dan tinggi pagar,” katanya.
Dr Ramli menjelaskan Kementerian Kesihatan akan menyediakan garis panduan bagi penanaman hemp.
Menurut beliau, kebenaran penanaman hemp itu merupakan keizinan pertama yang diberikan Kementerian Kesihatan, di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Untuk hemp ditanam bagi tujuan komersial atau secara besar-besaran, ia memerlukan satu lagi keputusan," katanya.
Hemp mempunyai kandungan bahan kimia psikoaktif tetrahydrocannabinol (THC) pada kadar sangat rendah pada kadar kurang 0.3 peratus, berbanding spesis ganja yang sering dirujuk sebagai marijuana yang mengandungi kadar peratusan THC yang tinggi.
Bagaimanapun,
Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan dua spesis ganja ini dan
hanya merujuknya sebagai kanabis. Penanaman enam pokok kanabis jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan tidak
kurang enam sebatan.
Ini termasuklah kertas, tali, kain, bahagian automotif, perabot, produk kecantikan dan pembinaan.
Pada 10 Julai 2008, anak syarikat Proton ketika itu, Lotus melancarkan model kereta Eco Elise yang mana terdapat bahagian dalamannya dibuat daripada hemp.
Pada masa kini, terdapat lebih 30 negara di seluruh dunia membenarkan petani menanam hemp untuk tujuan industri, termasuklah Amerika Syarikat, China, Kanada dan negara jiran Thailand.
Jualan industri hemp global akan mencapai AS$5.7 bilion menjelang 2020 daripada AS$3.7 bilion pada 2018, lapor BBC memetik analisis New Frontier Data.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan