
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa sama pihaknya berjaya menghubungi 7,000 hingga 8,000 pengundi berdaftar yang bekerja di luar daerah menerusi surat dan telefon meminta pulang melaksanakan tanggungjawab pada 16 November ini.
“Ini satu perkembangan menggalakkan namun kami tidak boleh berpegang pada keadaan begitu sahaja kerana tempoh dua hari lagi sangat kritikal yang mana 12 peratus pengundi atas pagar sedang menunggu saat akhir untuk membuat keputusan mengundi calon parti mana antara enam orang bertanding.
“Kita sudah tahu siapa mereka dan kita sudah ada pecahan nama, alamat serta nombor telefon mereka dan akan hubungi mereka supaya memberi kerjasama dan menyokong PH,” katanya dalam sidang media kempen PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini.
Ditanya peratus pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab mereka Sabtu ini, Muhyiddin berkata, peratusannya lebih kecil (daripada Pilihan Raya Umum) dan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan