Hukum mengundi tidak sama seperti melantik: Amir Isma

BANGI – Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz
Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini menyampaikan amanat kepada pengundi Islam di
Tanjung Piai, supaya memilih calon muslim yang diredai Allah.
Beliau
dalam satu kenyataan kepada Ismaweb berkata, istilah mengundi dalam Islam
adalah penyaksian, bermaksud pengundi apabila memangkah kertas undi menyaksikan
bahawa calon tertentu paling diredai Allah SWT dari segi ilmu, takwa dan
kemampuan pentadbirannya.
“Jika
dia (pengundi) memilih calon bukan Islam bermaksud pengundi itu telah memberi
penyaksian bahawa calon itu paling diredai oleh Allah SWT berbanding calon
Islam,” katanya.
Pemimpin
gerakan Islam itu turut mengingatkan sekiranya pengundi masih memilih calon
bukan Islam meskipun mereka mengetahui ada calon Islam yang lebih diredai Allah
dan Rasul, pengundi berkenaan telah melakukan penyaksian dusta – shahadatu
azzur – yang merupakan satu dosa besar.
“Hukum
mengundi tidak sama dengan melantik seperti yang dipetik daripada pandangan
al-Mawardi,” jelas beliau.
Esok
adalah penentu. PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru
membabitkan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), calon PH,
Barisan Nasional (BN), Gerakan, dan dua calon Bebas.
Calon
yang akan bertanding adalah Presiden Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz,
diikuti calon PH, Karmaine Sardini; calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng; wakil
Gerakan, Wendy Subramaniam; calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok; dan Faridah Aryani
Abdul Ghafar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan