Kita tak mahu medan pendidikan diperjudi dengan percaturan politik

RASANYA
semua sudah tahu Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri
Pendidikan. Tapi punca kenapa Ahli Parlimen Simpang Renggam itu letak jawatan
masih menjadi tanda tanya.
Pedang
pasti isu Maszlee menjadi topik perbincangan ‘panas’, bukan sahaja di media
sosial, tapi juga di kedai-kedai kopi. Pagi tadi Pedang singgah sarapan di
sebuah kedai Melayu. Pedang pasang telinga bila terdengar mereka berbual isu
peletakan jawatan Maszlee.
Banyaklah
spekulasi timbul, Maszlee dapat tekanan parti cauvinis DAP, Maszlee jadi
kambing hitam, Maszlee gagal selesaikan isu tulisan jawi, Maszlee tak dapat
bersuara sebab timbalannya lebih sudu dari kuah. Bagus juga fikir Pedang. Orang
Melayu kita sudah ‘ambil tahu’.
Tetapi
bukan itu yang Pedang nak ulas. Yang menjadi teka-teki sekarang siapa yang
layak untuk menggantikan Maszlee, menggalas tanggungjawab portfolio yang agak
berat ini. Tiada siapa tahu.
Bak
kata rakan Pedang, siapa pun yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan,
orangnya mesti cukup segala ramuan. Maksud Pedang cukup semua aspek, sama ada
seni politik mahupun kelayakan serta pengalaman dalam pentadbiran. Yang penting
Melayu Islam.
Ada
benar juga kata-kata ini, bukan untuk menidakkan kebolehan ahli akademik
seperti Maszlee, tetapi dalam menerajui Kementerian Pendidikan perlukan
seseorang yang mahir dan lantang bersuara. Jangan perjudikan nasib pelajar
dengan percaturan politik.
Mesti
diingat diingat portfolio pendidikan berdepan tekanan hebat sejak akhir-akhir
ini dengan isu penulisan jawi, pengedaran komik komunis, sekolah vernakular
sehingga kepada kelulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Jika tokoh yang
dipilih lembik, tunduk desakan Cina…musnahlah aspirasi pendidikan negara.
Kita
memerlukan seorang pemimpin yang tenang berdepan dengan segala tekanan,
berpengalaman mencari solusi dan berdiri teguh dengan pendirian demi kebaikan
bersama.
Salah
langkah dalam memiliki individu selayaknya bakal mengundang mudarat bukan
sahaja kepada sistem pendidikan bahkan perpaduan negara. Beberapa nama sedang
disebut-sebut ketika ini. Kita tunggu dan lihat.
Cuma,
Pedang berharap Tun Mahathir mengambil masa dan memikirkan semasak-masaknya
sebelum menamakan pengganti Maszlee, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Kata Pedang: Jika pengganti Maszlee nanti muslim berwibawa
pasti aspirasi pendidikan dapat direalisasi, tapi jika dari parti cauvinis
‘sendiri mau ingat’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan