HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Januari 2020

Seorang lagi suspek koronavirus dikenal pasti di Bintulu

Shawaliah Hadir
MGF27012020_MENTERI-KESIHATAN-LAWAT-KLIA_04
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mendengar taklimat di Pusat Pemantauan Saringan suhu badan di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL
 

SEPANG – Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan seorang lagi suspek 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Bintulu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata suspek yang merupakan seorang wanita kini dikuarantin di Hospital Bintulu sehingga keputusan ujian makmal selesai.

Sebelum ini empat pelancong dari negara China disahkan positif koronavirus dan sedang menjalani rawatan di hospital.

“Kita baru terima laporan itu dan saya bercakap langsung dengan Pengarah Hospital Bintulu, beliau atau suspek ditahan di hospital kita menunggu keputusan makmal IMR tentang kedudukannya ( keputusannya). Pesakit dalam keadaan stabil,” katanya dalam sidang media di sini.

Dzulkefly sebelum  itu membuat tinjauan penyaringan koronavirus di KLIA dan KLIA2.

Tiada ulasan: