Amalan takfiri (mengkafirkan orang Islam) yang menular
ketika ini dibimbangi bukan saja merosakkan Muslim malah mencemar agama
serta memusnahkan keharmonian negara.
Beliau berkata, jika tidak segera dihentikan budaya itu, ia boleh merosakkan imej Islam sekali gus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti apa yang berlaku di Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria.
"Dengan kata lain, ia juga boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehubungan
itu Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata, sehingga kini dua
laporan polis dibuat masing-masing oleh Amanah Wilayah Persekutuan dan
Terengganu berhubung perkara itu, semalam.
Sehubungan itu Mohamad menggesa semua pihak berperanan dalam mengekang amalan keji tersebut.
"Amanah menggesa semua pihak memainkan peranan dalam mengekang budaya tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama ini, di samping melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan agar tidak berulang pada masa akan datang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan