DR. MOHD MAZRI YAHYA
PENGISYTIHARAN tiga orang warga negara China yang
didapati positif Virus Corona (2019-nCoV) merupakan sesuatu yang
merunsingkan rakyat negara ini. Lebih membimbangkan lagi apabila ianya
berlaku melalui jalan darat pintu masuk negara di Selatan tanah air.
Tambah merunsingkan apabila mereka yang dikesan positif hanya selepas
mendapat amaran daripada Kementerian Kesihatan Singapura kerana
mempunyai hubungan secara langsung dengan kes yang dikesan di negara
tersebut. Bagaimana pula dengan semua penumpang yang berada dalam
penerbangan yang sama dengan mereka yang tidak dikesan kerana tidak
mempunyai sebarang gejala.
Turut membimbangkan kita apabila
laporan daripada jurnal perubatan mendapati sebahagian daripada pesakit
tidak mempunyai apa-apa gejala pernafasan ataupun demam, namun imbasan
CT paru-paru mereka menunjukkan tanda-tanda Pneumonia yang teruk. Ini
memberi isyarat bahawa 2019-nCoV ini boleh merebak tanpa disedari serta
jauh lebih mudah daripada Virus Corona yang lain sebelum ini.
Laporan juga mendedahkan terdapat kematian seorang doktor yang terlibat
dalam tugas merawat pesakit-pesakit 2019-nCov di Hubei China. Ini amat
membimbangkan kerana kakitangan kesihatan juga turut berisiko untuk
terdedah kepada jangkitan dan seterusnya boleh membawa maut.
Mengikut pendapat seorang Virologist yang terlibat dalam wabak SARS
suatu ketika dulu, turut menyatakan 2019-nCoV adalah tidak terkawal dan
berkemungkinan 10 kali ganda lebih serius daripada wabak dahulu.
Justeru, PAS memandang serius bahawa Malaysia perlu menutup pintu
kemasukan negara kepada semua warga negara China buat sementara waktu
bagi melindungi rakyat negara ini. Segala penerbangan dari wilayah Wuhan
dan juga China keseluruhannya perlu ditangguhkan sehingga wabak ini
dapat dikawal.
*DR. MOHD MAZRI YAHYA= Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan