HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Januari 2020

Ibu bapa, anak kecil disyaki coronavirus ditahan di lapangan terbang Johor

HARIZ MOHD




Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus, bersama ibu dan bapanya yang enggan memasukkan kanak-kanak itu ke wad pengasingan di Johor, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Malaysiakini bahawa keluarga dari Wuhan, China itu ditahan sebaik sebelum mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, untuk ke Guangzhou, China.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa kesihatan negeri untuk tindakan lanjut.

"Ya, polis tahan mereka di lapangan terbang kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

"Mereka telah beli tiket ke Guangzhou untuk kembali ke China. Kita telah serahkan mereka kepada hospital," katanya menerusi pesanan teks.

Semalam seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah membuat laporan polis selepas pasangan itu enggan memasukkan anak perempuan mereka ke hospital untuk diasingkan dan pemeriksaan lanjut, walaupun didapati mengalami demam virus yang disyaki coronavirus (2019-nCoV).

Pasangan itu pada mulanya ke pusat perubatan swasta di negeri itu sebelum dirujuk ke hospital pada Jumaat malam.


Tiada ulasan: