HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2020

Polis kesan individu letak tiga kotak misteri di pintu masuk Konsulat China

Bernama
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
PDRM


GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai meletakkan tiga buah kotak misteri di hadapan pintu masuk Konsulat China di Pulau Pinang di Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.

Tiga kotak itu ditinggalkan oleh individu dalam keadaan mencurigakan sehingga mencetuskan suasana panik dan bimbang kerana tiada nama penerima serta penghantar pada kotak tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan individu yang meninggalkan kotak tersebut untuk siasatan lanjut.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) turut berada di lokasi sebelum anggotanya menjalankan pemeriksaan dan meletupkan tiga buah kotak tersebut serta mendapati terdapat topeng hidung dan mulut di dalamnya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang sebelum anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru serta Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian kita dapati benar terdapat tiga buah kotak yang dihantar dan diletakkan di hadapan Konsulat China dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) turut ke lokasi bagi membuat pemeriksaan,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan: