HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2020

Harga RON97 turun 8 sen

Norlaile Abd Rahman
MGF11102019_HUMAN-INTERST-BAJET-PETROL_01-1
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter kepada RM2.41 seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari 2020.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.18 seliter masing-masing.

Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 1 Februari hingga & Februari adalah sebanyak RM10.43 juta.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: