Menurut laporan South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China berkata kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400.
Menurut Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang, setakat ini seramai lima juta penduduk meninggalkan bandar itu pada Ahad manakala sembilan juta lagi masih berada di bandar itu.
Pegawai kesihatan pula memberi amaran virus berkenaan mempunyai kemampuan untuk tersebar dengan lebih cepat dan kuat.
Setakat ini seramai 2,700 kes disyaki koronavirus di bandar Wuhan.
Menteri yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Ma Xiaowei berkata, memerangi wabak tersebut adalah rumit kerana ia boleh tular walaupun semasa tempoh inkubasi.
Ma turut menyatakan seramai 2,360 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan untuk membantu merawat pesakit.
Keadaan bertambah kritikal apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat pesakit Koronavirus terpaksa mengitar semula topeng muka yang dipakai.
Malah, sebanyak 2,400 katil telah ditambah di hospital dan kerajaan merancang untuk menambah lebih 5,000 lagi katil dalam tempoh tiga hari akan datang. – Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan