HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Januari 2020

Teresa harap india tingkatkan perniagaan dengan M'sia

BERNAMA




Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim menyuarakan harapannya supaya India meningkatkan peniagaan di negara ini, selain perniagaan Malaysia juga melabur di India.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel Reuters baru-baru ini bahawa pengeluar utama gula Malaysia, MSM Malaysia Holding, anak syarikat FGV Holdings Bhd, akan meningkatkan belian gula mentah dari India, yang menurut sumber, ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk meredakan pertikaian dengan India membabitan import minyak sawit.

“Ya, saya sudah membaca artikel itu. Ia adalah antara anak syarikat FGV Holdings yang mahu membeli lebih banyak gula dari India, saya gembira kerana ada sektor swasta di bawah FGV yang bersedia berbuat demikian."

"Pada lawatan terakhir ke India, saya bertemu dengan menteri perdagangan mereka, aduan utama mereka ialah India membeli minyak sawit dari kita, oleh itu kita juga harus membeli lebih banyak produk mereka, termasuk gula, beras basmati dan banyak lagi," katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan persembahan tarian naga, Majlis Pengurusan Bersama Komuniti Scott Garden (JMC) 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Bulan ini India menghentikan import minyak sawit Malaysia, tindakan yang dilihat sebagai tindak balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik dasar New Delhi mengenai Kashmir.- Bernama


Tiada ulasan: