Ketua Penerangannya, Rafiei Mustapha berkata, DAP perlu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu nampak sudah tidak sehaluan dengan PH, malah banyak membantah pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami juga berpendirian, Kerajaan Persekutuan tidak perlu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, dan Dasar Pendidikan Negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sikap DAP itu antara contoh bagaimana parti yang dilabel rakyat sebagai parti cauvinis itu mula menunjukkan sikap pengkhianat besar kepada negara.
Ujarnya, Pendirian DAP selama ini jelas untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan ia adalah pengkhianatan besar kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan serta bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan melebarkan jurang perkauman di Malaysia.
“Kami sekali lagi mencabar DAP tidak hanya mengugut dan nanti kemudiannya U-Turn dengan kenyataannya, maka jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC sila keluar dari PH Dan buktikan ia bukan omongan kosong semata,” ujarnya.
Semalam, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad mendesak DAP keluar daripada kerajaan Persekutuan berikutan ugutan pemimpinnya berhubung cadangan pengiktirafan UEC.
Tegasnya, cadangan DAP untuk mengiktiraf UEC adalah ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan jelas ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.
Malah, Sistem pendidikan sedia ada diperkenalkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan menyanjungi bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi tonggak keharmonian negara.
Manakala, UEC ditadbir oleh Dong Jiao Zong yang angkuh dengan sikap ekstrem sehingga tidak boleh bertolak ansur dengan modul tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan