Masjid Putra di Putrajaya hari ini dibuka semula untuk dikunjungi pelancong bukan Islam, selepas ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).
Jurucakap pengurusan masjid juga berkata pihaknya akan melaksanakan garis panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan ketika menerima kunjungan pelancong.
"Ya, hari ini kita telah membuka kembali Masjid Putra Putrajaya untuk dilawati pelancong yang berkunjung.
"Sebelum ini kita tutup atas foktor keselamatan kesihatan memandang kita tidak mempunyai alat untuk mengesan virus berkenaan seperti mana yang diletak di lapangan terbang.
Pada 26 Januari lalu, Bernama melaporkan Masjid Putra hanya akan dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan sembahyang, dan ditutup kepada pengunjung bukan Islam.
Dua hari kemudian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan menulis surat kepada pihak berkenaan agar menghentikan larangan seumpama itu.
Hari ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penutupan masjid atau muzium untuk pelancong bukan Islam bukanlah dasar kerajaan dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, jurucakap pengurusan Masjid Putra berkata masjid tersebut sememangnya destinasi tumpuan pelancong asing ke Malaysia.
Malah dia berkata pihaknya menerima kehadiran ramai pelancong asing, termasuk dari China, pada setiap hari.
Di Malaysia pula, empat kes positif wabak koronavirus dicatatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan