Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tidak akan meneruskan saman fitnah ke atas bekas pembantu penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.
"Beliau (Anwar) tidak berniat untuk mengejar sebarang ganjaran atau duit daripada saman berkenaan.
"Nama beliau juga sudah dibersihkan," katanya kepada Malaysiakini.
Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bagaimanapun memfailkan saman ke atas Yusoff secara berasingan berhubung kenyataan dibuatnya pada sidang media pada 4 Dis tahun lalu.
Semasa sidang media itu Yusoff, 26, bukan saja mengaku dia menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar, 76, malah turut mendakwa polis tidak mengambil tindakan atas laporan yang dibuatnya berhubung Farhash yang dituduh menyerangnya di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada Mei tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan