HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Januari 2020

Thailand rancang bawa pulang rakyatnya dari dari Wuhan, Hubei

Bernama
korona-thailand
Thailand merancang membawa pulang rakyatnya dari bandar Wuhan, China, tempat penularan wabak 2019 novel koronavirus.
 

BANGKOK – Thailand merancang membawa pulang rakyatnya dari bandar Wuhan, China, tempat penularan wabak 2019 novel koronavirus.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Thailand, Thana Weskosith berkata terdapat 64 warga Thailand di Wuhan dan 18 lagi menetap di Wilayah Hubei.

Pada masa ini, beliau berkata Wuhan dan Wilayah Hubei yang dilanda wabak itu, masih dikenakan perintah kuarantin.

“Tiada negara yang dibenarkan membawa keluar warganegaranya.

“Bagaimanapun, kami bersedia untuk membawa pulang warga Thailand, jika pihak berkuasa China memberi kelulusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pusat Respons Pantas (RRC) di Kementerian Luar di sini hari ini.

Thailand mempunyai lapan kes disahkan koronavirus, kes tertinggi di luar China dan mereka yang dijangkiti bukan rakyat Thailand.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnverakul berkata tiada kes penularan tempatan, setakat ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk untuk memeriksa pengembara yang memasuki dan meninggalkan negara itu untuk mencegah penularan koronavirus.— BERNAMA

Tiada ulasan: