Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengaku dia sedia maklum berita yang dimuat naik sejak semalam berkaitan wabak koronavirus 2019 (2019-nCoV) di akaun media sosial miliknya adalah palsu.
Zed berkata, dia juga mengetahui fungsi aplikasi menghasilkan berita menggunakan laman breakyourownnews.com tersebut.
"Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja.
"Takkan la saya tak tahu tu berita palsu," katanya kepada Malaysiakini.
Berita palsu itu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia - All countries has banned Chinese tourist except Malaysia (Berita tergempar: Semua negara kecuali Malaysia – semua negara mengharamkan pelancong China kecuali Malaysia).
BERITA BERKAITAN: Zed Zaidi dikecam, digelar bodoh lepas kongsi berita palsu koronavirus
Pelakon itu menerima kecaman bertalu-talu selepas memuat naik hantaran itu di akaun Facebook dan Twitternya sejak semalam.
Zed berkata, sebenarnya dia memuat naik 'berita' berkenaan bertujuan untuk memaparkan dirinya sedang memakai topeng muka yang baru dibeli.
"Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan