HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Januari 2020

TERKINI : Visa 15 Hari Pelancong China Diteruskan, Tapi Rakyat Kena Hati-hati – Tun Mahathir

Jamieshah Jamil
KUALA LUMPUR – Visa 15 hari yang diperuntukan kerajaan Malaysia kepada pelancong China ke negara ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Belaiu berkata, walaupun negara ini berdepan dengan ancaman penyakit Coronavirus, kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggalakkan memakai topeng muka jika perlu.

Tambahan pula katanya, kerajaan China juga sekarang ini tidak menggalakkan rakyat mereka keluar masuk ke negara lain bagi mencegah penyakit itu merebak.

“Di Wilayah Wuhan misalnya, 11 juta rakyatnya dikuarantin, tidak boleh keluar dan masuk. Begitu juga rakyat Malaysia, kalau boleh berhati-hati melawat negara itu atau batalkan saja sehingga keadaan kembali pulih.

Tiada ulasan: