Sehingga kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan lima jenis topeng muka sebagai barang harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Pihak kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Muez, pihaknya mula membuat pemantauan harga di seluruh negara sejak 25 Januari yang lalu dan tidak akan berkompromi mana-mana yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 khususnya penjualan topeng muka secara borong.
Katanya, pemantauan itu akan diteruskan dan 2,300 penguatkuasa yang ditugaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng
muka secara tidak munasabah.
Tindakan tegas itu, katanya, berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Senarai lima harga topeng muka adalah seperti berikut:.
- Topeng muka 1 lapisan (gelung telinga) – Harga Borong RM5.00 sekotak, Harga Runcit RM7.00 sekotak
- Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) – Harga Borong RM8.00 sekotak, Harga Runcit RM10.00 sekotak dan RM0.20 sen seunit
- Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala) – Harga Borong RM25.00 sekotak, Harga Runcit RM0.80 sen seunit
- Topeng muka (pembedahan/ perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala) – Harga Borong RM30.00 sekotak, Harga Runcit RM0.80 sen seunit
- (Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 – Harga Borong RM100.00 sekotak, Harga Runcit RM6.00 seunit
Pesalah syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan